Firman Allah Ta'ala:
Sunday, March 22, 2009
AL-QAYYUM [KEKAL YANG TIDAK BINASA SELAMA-LAMANYA]
Firman Allah Ta'ala:
AL-HAYYU [HIDUPNYA AZALI DAN ABADI]
Firman Allah Ta'ala:
Makhluq yang diciptakan oleh Allah Ta'ala seperti manusia dan haiwan memerlukan ruh, daging dan darah untuk hidup. Malah makhluq yang hidup yang diciptakan oleh Allah Ta'ala bersifat dengan hidup yang mempunyai permulaan (kelahiran) dan akan berakhir kehidupannya dengan kematian. Maha suci Allah Ta'ala daripada menyerupai makhluq yang diciptakanNya.
Firman Allah Ta'ala:
Saturday, March 21, 2009
AL-AWWAL AL-QADIM [TIADA PERMULAAN KEWUJUDANNYA]
Firman Allah Ta'ala:
Oleh itu, kita perlu mengetahui bahawa kewujudan Allah Ta'ala telah sediakala ada dengan tanpa permulaan (Azali) dan kewujudanNya kekal selamanya tanpa ada pengakhiran (Abadi).
Manakala makhluq yang Allah Ta'ala ciptakan mempunyai permulaan iaitu daripada tiada kepada ada. Sesungguhnya kewujudan Allah Ta'ala tidak sama dengan adanya (wujudnya) semua makhluq yang Allah ciptakan iaitu kewujudan makhluq bermula daripada tiada kepada ada (ada permulaan).
Manakala telah disepakatkan oleh ulama bahawa harus diitlaqkan Allah Ta'ala dengan al-Qadim (القديمُ) seperti yang dinyatakan oleh Syeikh al-Hafiz az-Zabidi dalam kitabnya Syarah Ihya 'Ulum ad-Din. Kalimah al-Qadim (القديمُ) boleh disebutkan di antara salah satu daripada nama-nama Allah yang mulia (أسماء الله الحسنى) yang mempunyai makna yang sama seperti al-Awwal (الأولُ) iaitu Azali dengan tiada permulaan kewujudanNya.
AL-AHAD [MAHA ESA & TIDAK MENERIMA PEMBAHAGIAN]
Sesungguhnya Allah Ta'ala tidak berjisim kerana setiap jisim itu boleh dibahagikan. Sebagai contoh (1) satu jisim boleh dibahagikan kepada (1/2) setengah jisim. Dan bukanlah seperti satu lembaga yang berjisim dan bukanlah seperti sesuatu di atas 'Arasy yang boleh dibahagikan atau dipotongkan menjadi juzuk-juzuk kecil daripadanya. Sesungguhnya jisim bersifat dengan boleh diukur dan ia mempunyai keluasan had, kepanjangan, ketinggian serta memerlukan ruang (tempat).
Maha Suci Allah daripada berjisim (Allah Ta'ala bukan berjisim) dan sesunguhnya Allah tidak menyerupai dengan segala sesuatu daripada makhluknya seperti yang kita gambarkan dalam pemikiran kita. Ketahuilah bahawa apa sahaja yang terbayang dan tergambar di fikiran kita, maka ia bukanlah Allah Ta'ala. Namun janganlah sehingga menafikan kewujudanNya. Sesungguhnya Allah Ta'ala Wujud dan tidak berjisim dan tidak memerlukan tempat.
Firman Allah Ta'ala:
Friday, March 20, 2009
AL-WAHID [TIADA SEKUTU BAGI ALLAH TA'ALA]
Sesungguhnya selain daripada Allah itu adalah makhluq yang mana ia boleh kita gambarkan difikiran kita dengan berjisim. Sesungguhnya Allah itu tiada dapat digambar difikiran kita dan tidak mampu untuk kita gambarkan sekalipun. Maka, hendaklah kita berpegang bahawa Tiada Sekutu Bagi Allah dengan erti Allah itu Esa.
Firman Allah Ta'ala:
[Surah al-Baqarah: 163]
Perlu diketahui juga bahawa bukanlah Allah itu membawa erti satu yang boleh dikira (seperti satu lembaga) kerana sifat perkara yang boleh dikira itu membawa kepada bayangan jisim dan satu itu boleh dibahagi kepada setengah (1/2), kemudian kepada suku (1/4) dan seterusnya sehingga sekecil-kecil makhluq iaitu Jauhar al-Fard. Sesungguhnya Allah Ta'ala tidak sama dengan sesuatu pun.
Firman Allah Ta'ala:
[Surah asy-Syura: 11]
BERSAKSI TIADA TUHAN YANG BERHAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAH
- (Aku Mengetahui, Aku Meyakini/Mempercayai, Aku Iktiraf)
- (I Know, I Believe, I Declared)
- ( أعلمُ وأعتقدُ وأعترفُ ).
1) al-Wujud (الوجود): Ada
Allah Ta'ala Wujud (Telah Ada) Tanpa Permulaan (Azali) dan Kekal (Abadi)
Firman Allah Ta'ala: (أفي الله شك) Tiada Keraguan Akan Adanya Allah [Surah Ibrahim: 10], RasuluLlah (صلى الله عليه وسلم) Bersabda: (كان الله ولم يكن شىء غيره) Telah Ada Allah (Tanpa Permulaan) Dan Tiada Sesuatu Pun SelainNya [Diriwayatkan Oleh al-Bukhari]
Tiada Sekutu Bagi Allah Ta'ala
Firman Allah Ta'ala: (لو كان فيهما ءالهة إلا الله لفسدتا) Jika Ada Di Langit dan Bumi Tuhan (Lain) Yg Selain Allah, Nescaya Rosaklah Kedua-duanya [Surah al-Anbiya`: 22]
Tiada Permulaan Kewujudan Allah Ta'ala
Firman Allah Ta'ala: (هو الأول والآخر) Dialah (Allah) Yg Awwal (Tiada Berpermulaan KewujudanNya) dan Yg Akhir (Tiada Pengakhiran KewujudanNya) [Surah al-Hadid:3]
4) al-Baqa`(البقاء): Kekal Selamanya
Tiada Pengakhiran Kewujudan Allah Ta'ala (Kekal), Tidak Mati & Tidak Binasa Selamanya
Firman Allah Ta'ala: (ويبقى وجه ربك) Dan Kekal (Selamanya) Dzat Tuhanmu [Surah ar-Rahman: 27]
5) al-Qiyam bi an-Nafsi (القيام بالنفس): Tidak Memerlukan Segala Sesuatu
Allah Ta'ala Tidak Memerlukan dan Tidak Berhajat Kepada Segala SelainNya
Firman Allah Ta'ala: (فإن الله غني عن العالمين) Maka Sesungguhnya Allah Maha Kaya (Tidak Berhajat Kepada Segala Sesuatu) Daripada Sekalian Makhluq [Surah Ali 'Imran: 97]
6) al-Qudrah (القدرة): Maha Berkuasa
Maha Berkuasa Ke Atas Segala (الممكنات) al-Mumkinat (Sesuatu Yg Harus Pada 'Aqal)
Firman Allah Ta'ala: (وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ) Dan Allah Maha Berkuasa Ke Atas Segala Sesuatu [Surah Ali 'Imran: 29]
7) al-Iradah (الإِرادة): Maha Berkehendak
Melakukan Apa Yg DiKehendaki Pada Perkara Yg Harus Pada 'Aqal
Firman Allah Ta'ala: (وما تشاؤن إلا أن يشاء الله رب العالمين) Dan Tidaklah Kamu Dapat Menentukan Kemahuan Kamu Melainkan Dengan Kehendak Allah Tuhan Sekalian Alam [Surah al-Takwir: 29]
8) al-'Ilmu (العِلم): Maha Mengetahui
Allah Ta'ala Maha Mengetahui Dengan IlmuNya Yg Azali, Abadi dan Tidak Berubah-ubah
Firman Allah Ta'ala: (وأن الله قد أحاط بكل شىء علماً) Dan Bahawa Sesungguhnya Allah Tetap Meliputi 'IlmuNya Terhadap Segala Sesuatu [Surah at-Talaq: 12]
9) as-Sama' (السمع): Maha Mendengar
Maha Mendengar Dgn PendengaranNya Yg Azali Yg Tidak Menyerupai Pendengaran MakhluqNya
Firman Allah Ta'ala: (وهو السميع البصير) Dan Dia (Allah) Maha Mendengar Lagi Maha Melihat [Surah al-Syura: 11]
10) al-Basar (البصر): Maha Melihat
Maha Melihat Dengan PenglihatanNya Yg Tidak Menyerupai Penglihatan MakhluqNya
Firman Allah Ta'ala: (وهو السميع البصير) Dan Dia (Allah) Maha Mendengar Lagi Maha Melihat [Surah al-Syura: 11]
11) al-Hayah (الحياة): Maha Hidup
Allah Ta'ala Maha Hidup Iaitu HidupNya Azali, Abadi Tidak Memerlukan Ruh, Tidak Memerlukan Daging, Tidak Memerlukan Darah
Firman Allah Ta'ala: (الله لا إله إلا هو الحي القيوم) Allah Tiada Tuhan (Yg Sebenar Dan Layak Disembah) Melainkan Dia Yg Maha Hidup Lagi Maha Kekal [Surah al-Baqarah: 255]
12) al-Kalam (الكلام): Maha Berkata-Kata
Allah Ta'ala Maha Berkata-kata Dgn KalamNya Yg Azali, Abadi, Tanpa Huruf, Tanpa Memerlukan Suara, Dan Tanpa Memerlukan Bahasa
Firman Allah Ta'ala: (وكلم الله موسى تكليماً) Dan Berkata Allah Kepada Musa Secara Langsung (Dengan Tanpa Perantaraan) [Surah an-Nisa`: 164]
13) al-Mukhalafatu li al-Hawadith (المخالفة للحوادث): Tidak Menyerupai Segala Yg Baharu
Allah Ta'ala Tidak Menyerupai Segala Sesuatu Daripada MakhluqNya. Segala Makhluq Adalah Bersifat Baharu
Firman Allah Ta'ala: (ليس كمثله شىء) Tidak Menyerupai Dia (Allah) Dengan Segala Sesuatu [Surah al-Syura:11]
Sesungguhnya sifat-sifat tersebut telah dinyatakan di dalam al-Qur`an sama ada dengan lafaznya atau secara makna. Dan ini adalah merupakan 'aqidah Ahlu Sunnah wa al-Jama'ah yang perlu dipegang menurut Manhaj al-Imam Abu Hassan al-Ash'ari (al-Asha'irah). Adapun menurut Manhaj al-Imam Abu Mansur al-Maturidi (al-Maturidiyyah) pembahagian tersebut dipecahkan lagi sehingga menjadi dua puluh (20), di mana kedua-dua manhaj tersebut membawa makna i'tiqad yang sama.
Oleh itu, adalah menjadi fardhu 'ain (wajib) kepada kita untuk mengetahui sifat-sifat Allah Ta'ala tersebut dan kita perlu berpegang selamanya.
Thursday, March 19, 2009
LAFAZ DUA KALIMAH SYAHADAH DAN ISLAM
Lafaz Dua Kalimah Syahadah ialah:
Melainkan Allah
Dan (Nabi) Muhammad Adalah Rasul Allah]
Wednesday, March 18, 2009
KEKAL BERADA DALAM ISLAM SELAMANYA
Firman Allah Ta'ala:
Sesungguhnya Agama (Yang Benar & Diredhai) Di Sisi Allah Ialah Islam
[Surah Ali 'Imran: 19]
Perlu diingatkan juga, hendaklah kita menjauhi diri kita daripada perkara yang boleh mengeluarkan kita daripada Islam (murtad), sama ada pada waktu kini mahupun pada masa akan datang. Oleh itu, sesiapa yang berniat untuk keluar daripada Islam pada suatu masa akan datang, maka dia sebenarnya telah jatuh ke lembah kekufuran pada ketika niatnya itu juga (serta-merta) sebelum tiba masa yg akan datang tersebut. (Wal 'iyazubilLah). Dan hendaklah kembali segera ke dalam Islam dengan mengucapkan Dua Kalimah Syahadah dengan segera. Sesungguhnya, adalah suatu kerugian yang sangat besar di Akhirat kelak jika berada di lembah kekufuran dengan mati di dalamnya kerana tempatnya adalah di Neraka yang diciptakan Allah Ta'ala untuk kekal selamanya. (Wal'iyazubilLah).
Di samping itu, setiap mukallaf hendaklah beriltizam untuk mengerjakan segala perkara yang diwajibkan dengan merujuk kepada hukum-hakam yang telah ditetapkan. Dengan kata lain, kita hendaklah bertaqwa kepada Allah Ta'ala iaitu mengerjakan segala yang diwajibkan ke atas kita dan meninggalkan segala yang dilarang (diharamkan) kepada kita.
Tuesday, March 17, 2009
PENGERTIAN MUKALLAF
- Baligh, (dan)
- Beraqal, (dan)
- Telah Sampai Da'wah Islam Kepadanya.
- Telah keluar mani (atau)
- Telah mencapai umur 15 tahun hijriyyah
- Telah keluar mani (atau)
- Telah keluar darah haid (atau)
- Telah mencapai umur 15 tahun hijriyyah
DHARURIYYAT AL-I'TIQAD TIDAK HARUS DIJAHILI
Di antara perkara yang paling penting yang perlu dipegang ialah beriman (percaya) kepada Allah Ta'ala dan RasulNya. Sesungguhnya segala amalan kebaikan, kebajikan mahupun 'ibadah tidak akan diterima (tidak sah) oleh Allah Ta'ala jika tidak mengetahui (ma'rifah) dengan beriman kepada Allah Ta'ala.
Sebagaimana kata-kata Imam al-Ghazali:
Oleh itu, tanpa i'tiqad yang benar, manusia itu adalah kafir dan akan ditempatkan ke dalam neraka yang Allah telah ciptakan dan kekal di dalamnya selama-lamanya (Wal 'iyazubilLah). Betapalah ruginya kehidupan di dunia ini yang hanya sementara jika di Akhirat kelak ditempatkan di neraka selamanya.
KEWAJIBAN ILMU FARDHU 'AIN
- 'Aqidah (Perkara-perkara yg melibatkan i'tiqad yg wajib diketahui)
- Fiqh ('Ibadah dan Mu'amalat)
- Kewajiban Hati, Kema'siatan Anggota Badan dan Taubat. (Sebahagian drpd ilmu tasawwuf)
Berdasarkan hadith riwayat al-Baihaqi tersebut, ilmu yg wajib dipelajari hanyalah ilmu fardhu 'ain kerana jika kesemua ilmu wajib dituntuti maka berdosalah kesemua manusia kerana adalah mustahil untuk menuntut segala ilmu di dunia ini.
Oleh itu, ilmu-ilmu seperti ilmu tafsir, ilmu hadith, ilmu bahasa 'arab, ilmu sains seperti perubatan, kejuruteraan, ilmu perundangan dan sebagainya adalah termasuk dalam ilmu yg tidak diwajibkan untuk dituntuti tetapi tidaklah dikatakan tidak perlu kerana ia adalah daripada ilmu fardhu kifayah. Begitu juga dengan ilmu berkaitan tarekat ia adalah sunat dipelajari tetapi perlu difahami bahawa yg paling aula (utama) ialah mempelajari ilmu fardhu 'ain terlebih dahulu. Tidak mempelajari ilmu fardhu 'ain adalah suatu dosa kerana ia adalah perkara yg wajib bagi kita untuk dilaksanakan dan mempelajari ilmu selainnya tiadalah menjadi dosa jika tidak dituntuti, walaubagaimanapun mempelajarinya amat digalakkan.
Perlu diketahui bahawa dengan mempelajari ilmu fardhu 'ain, seseorang itu akan terselamat daripada kesesatan khususnya dalam berpegang dengan perkara yg melibatkan 'aqidah. Oleh itu, tidak boleh dikecualikan dalam menuntut ilmu fardhu 'ain ini kerana ia adalah suatu kewajipan yg merupakan asas untuk menjadi insan yg bertaqwa.
Tiada kemungkinan untuk mencapai ketaqwaan tanpa 'aqidah yg benar melalui ilmu fardhu 'ain ini. Malah tanpa menuntut ilmu fardhu 'ain juga tidak akan tercapai taraf kesufian dan taraf kewalian selamanya.
Monday, March 16, 2009
MENUNTUT ILMU FARDHU 'AIN SEBAGAI ASAS KETAQWAAN
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين, مكون الأكوان, مدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلاكيف ولاجهة ولامكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأنبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, اما بعد
Firman Allah Ta’ala:
Wahai Orang-orang Yg Beriman, Bertaqwalah Kepada Allah, dan Hendaklah Tiap-tiap Diri MeLihat Apa Yg Disediakan (Daripada Amalan Soleh) Untuk Hari Esok (Akhirat) – [Surah al Hasyr: 18].
Marilah kita bersyukur akan ni’mat kehidupan dengan Islam yg dikurniakan oleh Allah Ta’ala kepada kita. Dan dengan ni’mat itu, hendaklah kita senantiasa mengerjakan amalan soleh sebagai bekalan di hari Akhirat yang kekal abadi. Dan sesungguhnya yang paling bermanfaat di Akhirat kelak ialah ketaqwaan kepada Allah di dunia sementara ini. Iaitu ketaqwaan dengan erti hendaklah kita mengerjakan segala yang diwajibkan kepada kita dan meninggalkan segala yang dilarang (diharamkan) kepada kita. Dan sebahagian daripada mengerjakan kewajipan pada diri kita ialah menuntut ilmu yang diwajibkan (ilmu fardhu ‘ain), maka tidaklah menjadi kita daripada golongan orang yang bertaqwa jika kita tidak mempelajari ilmu fardhu ‘ain ini.
RasululLah (صلى الله عليه وسلم) bersabda:
طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِم
Menuntut ilmu Itu (Ilmu Fardhu ‘Ain) Adalah Wajib Ke Atas Setiap Muslim
[Hadith diriwayatkan oleh al Baihaqi]
Daripada ilmu fardhu ’ain yang dituntut ialah mengenal Allah Ta’ala dengan beriman kepadaNya dan beriman dengan segala yang dibawakan oleh RasululLah kerana ia adalah seafdhal-adhal amalan. Sesungguhnya ia adalah amalan soleh yang paling afdhal sebagai bekalan yang paling berharga di Akhirat yang dapat menyelamatkan kita daripada terjerumus ke dalam neraka selama-lamanya, dimana neraka itu diciptakan oleh Allah Ta’ala yang akan kekal selamanya dengan kehendakNya.
Friday, March 28, 2008
HUJAH AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH
Kelahiran aliran pemikiran dan golongan yang ingin menghidupkan kehidupan sunnah sebenar yang menggelar dirinya sebagai golongan salafussoleh atau 'salafi' telah melanda di Malaysia sejak kebelakangan ini. Keghairahan mencari identiti yang berteraskan Al Qur'an dan As Sunnah (dengan merujuk Hadith Sahih shj) secara langsung tanpa merujuk kepada huraian daripada ulama-ulama salaf terdahulu yang mu'tabar telah menyingkapkan kejahilan mereka dengan menyalahkan golongan majoriti Ahlus sunnah wal Jama'ah melalui hadith sahih:Jika dirujuk kepada kitab Sahih Muslim Bisyarh an Nawawi (16/226, 227) yang dimaksudkan dengan hadith ini ialah perkara-perkara baru yang batil, dan bid'ah-bid'ah yang tercela. Oleh itu, 'dhalal' (sesat) hanya melibatkan perkara-perkara yang tidak dilakukan oleh Nabi yang tercela sahaja (perkara yang bersalahan dengan hukum syara' sahaja). Maka, apalah salahnya membaca Yaasin pada malam Jumaat yang telah diamalkan oleh nenek moyang kita sejak dahulu lagi tanpa ada pertikaian.
Dengan menghukum dan menentang amalan membaca Yaasin pada malam jumaat, talqin, do'a qunut....yang seharusnya tidak perlu dibahas dan didebatkan adalah antara ciri-ciri golongan ini.
Walaubagaimanapun, terdapat perkara yang seharusnya kita ketahui dan fahami bahawa aliran golongan ini bukan sahaja mengetengahkan soal-soal furu' semata-mata tetapi juga soal-soal yang berkaitan usul (aqidah). Dalam meneliti penyelewengan golongan ini yang mudah dikenali sebagai 'wahabi' ini, adalah menjadi kewajipan kita dengan mengawasi agar ianya tidak dipegang oleh keluarga mahupun anak kita sendiri.
Semoga Allah Senantiasa Membimbing Kita Ke Jalan Yg Lurus Dengan 'Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama'ah Yg Sebenar. Amiin.
