Monday, March 16, 2009

MENUNTUT ILMU FARDHU 'AIN SEBAGAI ASAS KETAQWAAN

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين, مكون الأكوان
, مدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلاكيف ولاجهة ولامكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأنبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, اما بعد


Firman Allah Ta’ala:

Wahai Orang-orang Yg Beriman, Bertaqwalah Kepada Allah, dan Hendaklah Tiap-tiap Diri MeLihat Apa Yg Disediakan (Daripada Amalan Soleh) Untuk Hari Esok (Akhirat) – [Surah al Hasyr: 18].


Marilah kita bersyukur akan ni’mat kehidupan dengan Islam yg dikurniakan oleh Allah Ta’ala kepada kita. Dan dengan ni’mat itu, hendaklah kita senantiasa mengerjakan amalan soleh sebagai bekalan di hari Akhirat yang kekal abadi. Dan sesungguhnya yang paling bermanfaat di Akhirat kelak ialah ketaqwaan kepada Allah di dunia sementara ini. Iaitu ketaqwaan dengan erti hendaklah kita mengerjakan segala yang diwajibkan kepada kita dan meninggalkan segala yang dilarang (diharamkan) kepada kita. Dan sebahagian daripada mengerjakan kewajipan pada diri kita ialah menuntut ilmu yang diwajibkan (ilmu fardhu ‘ain), maka tidaklah menjadi kita daripada golongan orang yang bertaqwa jika kita tidak mempelajari ilmu fardhu ‘ain ini.


RasululLah (صلى الله عليه وسلم) bersabda:

طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِم

Menuntut ilmu Itu (Ilmu Fardhu ‘Ain) Adalah Wajib Ke Atas Setiap Muslim

[Hadith diriwayatkan oleh al Baihaqi]


Daripada ilmu fardhu ’ain yang dituntut ialah mengenal Allah Ta’ala dengan beriman kepadaNya dan beriman dengan segala yang dibawakan oleh RasululLah kerana ia adalah seafdhal-adhal amalan. Sesungguhnya ia adalah amalan soleh yang paling afdhal sebagai bekalan yang paling berharga di Akhirat yang dapat menyelamatkan kita daripada terjerumus ke dalam neraka selama-lamanya, dimana neraka itu diciptakan oleh Allah Ta’ala yang akan kekal selamanya dengan kehendakNya.

Powered By Blogger