Wednesday, April 22, 2009

SIFAT ALLAH TA'ALA YG WAJIB DIKETAHUI

Sesungguhnya Allah Ta'ala bersifat dengan segala Sifat Kesempurnaan Yg Layak BagiNya dan Maha Suci Allah Ta'ala daripada Segala Sifat Kekurangan. Sifat Allah Ta'ala tidaklah diketahui jumlahnya yang sebenar, namun terdapat tiga belas (13) sifat Allah Ta'ala yang wajib diketahui oleh setiap mukallaf seperti yang telah dinyatakan di dalam al-Qur'an iaitu:

1) al-Wujud (
الوجود): Ada
Allah Ta'ala Wujud (Telah Ada) Tanpa Permulaan (Azali) dan Kekal (Abadi)
Firman Allah Ta'ala:
(أفي الله شك) Tiada Keraguan Akan Adanya Allah [Surah Ibrahim: 10], RasuluLlah (صلى الله عليه وسلم) Bersabda: (كان الله ولم يكن شىء غيره) Telah Ada Allah (Tanpa Permulaan) Dan Tiada Sesuatu Pun SelainNya [Diriwayatkan Oleh al-Bukhari]

2) al-Wahdaniyyah (الوحدانية): Maha Esa
Tiada Sekutu Bagi Allah Ta'ala
Firman Allah Ta'ala: (
لو كان فيهما ءالهة إلا الله لفسدتا) Jika Ada Di Langit dan Bumi Tuhan (Lain) Yg Selain Allah, Nescaya Rosaklah Kedua-duanya [Surah al-Anbiya`: 22]

3) al-Qidam (القِدم): Sediakala
Tiada Permulaan Kewujudan Allah Ta'ala
Firman Allah Ta'ala: (
هو الأول والآخر) Dialah (Allah) Yg Awwal (Tiada Berpermulaan KewujudanNya) dan Yg Akhir (Tiada Pengakhiran KewujudanNya) [Surah al-Hadid:3]

4) al-Baqa`(
البقاء): Kekal Selamanya
Tiada Pengakhiran Kewujudan Allah Ta'ala (Kekal), Tidak Mati & Tidak Binasa Selamanya
Firman Allah Ta'ala: (
ويبقى وجه ربك) Dan Kekal (Selamanya) Dzat Tuhanmu [Surah ar-Rahman: 27]

5) al-Qiyam bi an-Nafsi (
القيام بالنفس): Tidak Memerlukan Segala Sesuatu
Allah Ta'ala Tidak Memerlukan dan Tidak Berhajat Kepada Segala SelainNya
Firman Allah Ta'ala: (
فإن الله غني عن العالمين) Maka Sesungguhnya Allah Maha Kaya (Tidak Berhajat Kepada Segala Sesuatu) Daripada Sekalian Makhluq [Surah Ali 'Imran: 97]

6) al-Qudrah (القدرة): Maha Berkuasa
Maha Berkuasa Ke Atas Segala (
الممكنات) al-Mumkinat (Sesuatu Yg Harus Pada 'Aqal)
Firman Allah Ta'ala: (
وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ) Dan Allah Maha Berkuasa Ke Atas Segala Sesuatu [Surah Ali 'Imran: 29]

7) al-Iradah (الإِرادة): Maha Berkehendak
Melakukan Apa Yg DiKehendaki Pada Perkara Yg Harus Pada 'Aqal
Firman Allah Ta'ala: (
وما تشاؤن إلا أن يشاء الله رب العالمين) Dan Tidaklah Kamu Dapat Menentukan Kemahuan Kamu Melainkan Dengan Kehendak Allah Tuhan Sekalian Alam [Surah al-Takwir: 29]

8)
al-'Ilmu (العِلم): Maha Mengetahui
Allah Ta'ala Maha Mengetahui Dengan IlmuNya Yg Azali, Abadi dan Tidak Berubah-ubah
Firman Allah Ta'ala: (
وأن الله قد أحاط بكل شىء علماً) Dan Bahawa Sesungguhnya Allah Tetap Meliputi 'IlmuNya Terhadap Segala Sesuatu [Surah at-Talaq: 12]

9) as-Sama' (السمع): Maha Mendengar
Maha Mendengar Dgn PendengaranNya Yg Azali Yg Tidak Menyerupai Pendengaran MakhluqNya
Firman Allah Ta'ala: (وهو السميع البصير) Dan Dia (Allah) Maha Mendengar Lagi Maha Melihat [Surah al-Syura: 11]

10) al-Basar (البصر): Maha Melihat
Maha Melihat Dengan PenglihatanNya Yg Tidak Menyerupai Penglihatan MakhluqNya
Firman Allah Ta'ala: (وهو السميع البصير) Dan Dia (Allah) Maha Mendengar Lagi Maha Melihat [Surah al-Syura: 11]

11) al-Hayah (الحياة): Maha Hidup
Allah Ta'ala Maha Hidup Iaitu HidupNya Azali, Abadi Tidak Memerlukan Ruh, Tidak Memerlukan Daging, Tidak Memerlukan Darah
Firman Allah Ta'ala: (
الله لا إله إلا هو الحي القيوم) Allah Tiada Tuhan (Yg Sebenar Dan Layak Disembah) Melainkan Dia Yg Maha Hidup Lagi Maha Kekal [Surah al-Baqarah: 255]

12) al-Kalam (الكلام): Maha Berkata-Kata
Allah Ta'ala Maha Berkata-kata Dgn KalamNya Yg Azali, Abadi, Tanpa Huruf, Tanpa Memerlukan Suara, Dan Tanpa Memerlukan Bahasa
Firman Allah Ta'ala: (
وكلم الله موسى تكليماً) Dan Berkata Allah Kepada Musa Secara Langsung (Dengan Tanpa Perantaraan) [Surah an-Nisa`: 164]

13) al-Mukhalafatu li al-Hawadith (المخالفة للحوادث): Tidak Menyerupai Segala Yg Baharu
Allah Ta'ala Tidak Menyerupai Segala Sesuatu Daripada MakhluqNya. Segala Makhluq Adalah Bersifat Baharu
Firman Allah Ta'ala: (
ليس كمثله شىء) Tidak Menyerupai Dia (Allah) Dengan Segala Sesuatu [Surah al-Syura:11]

Sesungguhnya sifat-sifat tersebut telah dinyatakan di dalam al-Qur`an sama ada dengan lafaznya atau secara makna. Dan ini adalah merupakan 'aqidah Ahlu Sunnah wa al-Jama'ah yang perlu dipegang menurut Manhaj al-Imam Abu Hassan al-Ash'ari (al-Asha'irah). Adapun menurut Manhaj al-Imam Abu Mansur al-Maturidi (al-Maturidiyyah) pembahagian tersebut dipecahkan lagi sehingga menjadi dua puluh (20), di mana kedua-dua manhaj tersebut membawa makna i'tiqad yang sama.

Oleh itu, adalah menjadi fardhu 'ain (wajib) kepada kita untuk mengetahui sifat-sifat Allah Ta'ala tersebut dan kita perlu berpegang selamanya.