Sunday, April 12, 2009

ALLAH TA'ALA MENCIPTAKAN SEGALA YG BAHARU

Sesungguhnya segala yg baharu yg wujud seperti segala benda dan segala amalan perbuatan adalah diciptakan oleh Allah Ta'ala. Dan Allah Ta'ala Maha Mencipta daripada sekecil-kecil makhluq seperti zarah mahupun sebesar-besar makhluq seperti 'arasy. Dan daripada segala perbuatan hamba seperti diam, niat di hati, lintasan di hati adalah juga diciptakan/dijadikan oleh yang Maha Mencipta (الخالقُ) iaitu Allah Ta'ala.

Hendaklah kita ketahui juga bahawa segala yg baharu yg wujud itu berlaku bukan secara tabiat dan bukanlah juga berlaku dengan 'illah, bahkan segala yang perkara yg baharu yg wujud itu adalah dengan Kehendak Allah Ta'ala berserta KekuasaanNya dan IlmuNya yang Azali.
(
لا طبيعةٌ ولا علّةٌ بل دخولُهُ في الوجودِ بمشيئةِ الله وقدرتِهِ، بتقديرهِ وعلمهِ الأزليّ)

Firman Allah Ta'ala:
وَخَلَقَ كُلَّ شَيْءٍ
Dan Dialah (Allah) Yang Menciptakan Segala Sesuatu
[Surah al-Furqan: 2]

Telah Berkata Imam an-Nasafi:
فإذا ضربَ إنسانٌ زجاجًا بحجرٍ فكسرهُ، فالضربُ والكسرُ والانكسارُ بخلقِ الله تعالى
Maka Apabila Manusia Itu Memukul Kaca Dengan Batu Dan Memecahkannya, Maka Pukulan, Perbuatan Memecahkan Kaca Dan Pecahan Kaca Itu Adalah Diciptakan/Dijadikan Oleh Allah Ta'ala

Dan tiadalah apa yang ada pada hamba melainkan usaha (
فليسَ للعبدِ إلا الكسبُ), di mana segala apa yang berlaku adalah ciptaan Allah Ta'ala.

Firman Allah Ta'ala:
لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ
Ke Atasnya Pahala Kebaikan Apa Yg Diusahakannya Dan Ke Atasnya Dosa Kejahatan Apa Yg Diusahakannya
[Surah al-Baqarah: 286]

Powered By Blogger