Tuesday, March 17, 2009

KEWAJIBAN ILMU FARDHU 'AIN

Sesungguhnya, ilmu fardhu 'ain itu adalah wajib diketahui oleh setiap mukallaf yg merangkumi perkara- perkara:
  • 'Aqidah (Perkara-perkara yg melibatkan i'tiqad yg wajib diketahui)
  • Fiqh ('Ibadah dan Mu'amalat)
  • Kewajiban Hati, Kema'siatan Anggota Badan dan Taubat. (Sebahagian drpd ilmu tasawwuf)

RasululLah (صلى الله عليه وسلم) bersabda:
طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِم
Menuntut ilmu Itu (Ilmu Fardhu ‘Ain) Adalah Wajib Ke Atas Setiap Muslim
[Hadith diriwayatkan oleh al Baihaqi]

Berdasarkan hadith riwayat al-Baihaqi tersebut, ilmu yg wajib dipelajari hanyalah ilmu fardhu 'ain kerana jika kesemua ilmu wajib dituntuti maka berdosalah kesemua manusia kerana adalah mustahil untuk menuntut segala ilmu di dunia ini.

Oleh itu, ilmu-ilmu seperti ilmu tafsir, ilmu hadith, ilmu bahasa 'arab, ilmu sains seperti perubatan, kejuruteraan, ilmu perundangan dan sebagainya adalah termasuk dalam ilmu yg tidak diwajibkan untuk dituntuti tetapi tidaklah dikatakan tidak perlu kerana ia adalah daripada ilmu fardhu kifayah. Begitu juga dengan ilmu berkaitan tarekat ia adalah sunat dipelajari tetapi perlu difahami bahawa yg paling aula (utama) ialah mempelajari ilmu fardhu 'ain terlebih dahulu. Tidak mempelajari ilmu fardhu 'ain adalah suatu dosa kerana ia adalah perkara yg wajib bagi kita untuk dilaksanakan dan mempelajari ilmu selainnya tiadalah menjadi dosa jika tidak dituntuti, walaubagaimanapun mempelajarinya amat digalakkan.

Perlu diketahui bahawa dengan mempelajari ilmu fardhu 'ain, seseorang itu akan terselamat daripada kesesatan khususnya dalam berpegang dengan perkara yg melibatkan 'aqidah. Oleh itu, tidak boleh dikecualikan dalam menuntut ilmu fardhu 'ain ini kerana ia adalah suatu kewajipan yg merupakan asas untuk menjadi insan yg bertaqwa.

Tiada kemungkinan untuk mencapai ketaqwaan tanpa 'aqidah yg benar melalui ilmu fardhu 'ain ini. Malah tanpa menuntut ilmu fardhu 'ain juga tidak akan tercapai taraf kesufian dan taraf kewalian selamanya.

Powered By Blogger