Wahai Orang-orang Yg Beriman, BERTAQWALAH KEPADA ALLAH, dan Hendaklah Tiap-tiap Diri Melihat Apa Yang Disediakan (Daripada Amalan Soleh) Untuk Hari Esok (Akhirat) - [Surah Al-Hasyr:18] -
Teladani Keilmuan Melalui Implementasi Pendisiplinan Ilmu Yang Terperinci Bagi Menjana Ketulenan Intelektual Yang Kompeten
Hendaklah kita menyakini bahawa adanya al-Hisab pada Hari Qiyamah kelak setelah peristiwa al-Ba’ath (kebangkitan) dan perhimpunan Mahsyar. Al-Hisab adalah keadaan dipamerkan segala amalan para hamba ke atas mereka dan perhitungan ke atas mereka setelah mengambil kitab-kitab mereka.
Adapun bagi orang yang beriman maka mereka akan mengambil kitabnya dengan tangan kanannya, manakala bagi orang kafir maka mereka mengambil kitabnya dengan tangan kiri daripada belakangnya. Kitab tersebut adalah segala apa amalan kebaikan dan keburukan yang dicatat oleh dua (2) para malaikat iaitu Raqib dan ‘Atid ketika berada di dunia ini.
Firman Allah ta’ala:
فَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِينِهِ
فَسَوْفَ يُحَاسَبُ حِسَابًا يَسِيرًا
وَيَنقَلِبُ إِلَىٰ أَهْلِهِ مَسْرُورًا.
وَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ وَرَاءَ ظَهْرِهِ
فَسَوْفَ يَدْعُو ثُبُورًا
وَيَصْلَىٰ سَعِيرًا
Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya, - maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan, dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita. Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya, Maka ia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya, dan ia akan menderita bakaran neraka yang marak menjulang.
Hari qiyamah bermula daripada keluar manusia dari perkuburan mereka sehingga menetapnya ahli syurga di dalam syurga dan menetapnya ahli neraka di dalam neraka. Jangkamasa tempoh hari qiyamah itu ialah selama 50,000 tahun.
Hendaklah kita beriman bahawa adanya al-Hasyr (الحشر) atau perhimpunan. Al-Hasyr ialah suatu keadaan selepas kebangkitan di mana seseorang itu dikeluarkan daripada kuburnya ke mawqif (tempat perhentian) untuk dihimpunkan. Terdapat tiga (3) keadaan manusia di hari perhimpunan tersebut iaitu:
(1) Golongan yang berpakaian, berkenderaan dan bermakanan. Mereka itu adalah golongan orang-orang yang bertaqwa.
(2) Golongan yang tidak berpakaian dan tidak berkasut. Mereka itu adalah golongan orang-orang mukmin yang fasiq.
(3) Golongan yang diheret dan berjalan di atas wajah mereka. Mereka itu adalah golongan orang-orang kafir.
Maka semua manusia akan dihimpunkan pada hari tersebut, dan begitu juga semua jin dan haiwan.
Firman Allah ta’ala:
واتقوا الله واعلموا أنكم إليه تحشرون
Dan bertaqwalah kepada Allah dan ketahuilah kamu bahawa kamu akan dihimpunkan kepadaNya
Hendaklah kita mengetahui dan mengimani bahawa kewujudan Hari Kebangkitan adalah satu kepastian yang akan berlaku. Ia adalah suatu keadaan di mana akan dibangkitkan orang-orang yang telah meninggal dunia daripada kubur-kubur mereka setelah dikembalikan jasad yang telah dimakan oleh tanah.
Walaubagaimapun, terdapat tiga (3) golongan yang mana jasad mereka tetap terpelihara dengan tidak dimakan oleh tanah iaitu para Nabi-nabi, para Syuhada di medan perang dan sebahagian para Wali.
Dan bahawa sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang, tidak ada sebarang syak padanya, dan bahawa sesungguhnya Allah akan membangkitkan (menghidupkan semula) orang-orang yang di dalam kubur.
Kita adalah wajib mengimani bahawa adanya soalan daripada malaikat Munkar dan Nakir ketika berada di kubur. Persoalan tersebut berlaku sama ada terhadap orang yang mukmin dan orang yang kafir. Persoalan Munkar dan Nakir ini adalah merujuk kepada RasuluLlah (صلى الله عليه وسلم) telah bersabda:
Apabila dikebumikan mayat atau insan itu, maka datanglah kepadanya dua malaikat yang berwarna hitam kebiruan, salah satunya bernama Munkar dan salah satu yang lain bernama Nakir. Maka malaikat itu bertanya: "Apakah yang kamu katakan tentang lelaki yang bernama Muhammad?". Maka dia menjawab sepertimana yang dikatakan di dunia dahulu, jika dia seorang yang beriman, dia akan berkata: "Dia (Muhammad) adalah hamba Allah dan RasulNya, Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu adalah hamba dan Rasul Allah". Maka dua malaikat itu berkata kepadanya: "Sesungguhnya kami tahu kamu akan berkata sedemikian". Kemudian diluaskan kuburnya seluas 70 hasta (panjang dan lebar) dan diberikan cahaya di dalam kuburnya, maka dikatakan kepadanya: "Tidurlah". Lalu tidurlah dia seumpama pengantin yang tidak seorang pun dapat menyedarkannya selain kekasihnya, sehinggalah dibangkitkan oleh Allah daripada tempat pembaringan (sehingga hari kebangkitan). [Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban]
Bagi orang yang mempunyai keimanan yang sempurna, maka bagi mereka tiada sebarang ketakutan atau kebimbangan terhadap persoalan daripada kedua-dua malaikat tersebut. Ini kerana Allah Ta'ala telah menguatkan hatinya untuk tidak menghadapi sebarang kegerunan.
Persoalan dalam kubur dikecualikan bagi budak kecil yang telah mati sebelum mencapai baligh, dan juga sesiapa yang telah mati syahid di medan peperangan, serta para Anbiya`.
Hendaklah kita mengimani tentang kewujudan nikmat di dalam kubur sebagaimana yang telah disampaikan oleh RasuluLlah (صلى الله عليه وسلم).
Diantara nikmat yang terdapat di dalam kubur ialah diluaskan kubur sehingga keluasan 70 hasta bagi orang yang bertaqwa kepada Allah dan orang yang dikehendaki oleh Allah seperti orang yang mati syahid walaupun terdapat melakukan dosa. Di samping itu, terdapat juga nikmat-nikmat kubur yang lain seperti diterangkan kubur dengan cahaya seumpama cahaya bulan purnama, dapat menghidu wangian syurga dan sebagainya.
Apabila dikebumikan mayat atau insan itu, maka datanglah kepadanya dua malaikat yang berwarna hitam kebiruan, salah satunya bernama Munkar dan salah satu yang lain bernama Nakir. Maka malaikat itu bertanya: "Apakah yang kamu katakan tentang lelaki yang bernama Muhammad?". Maka dia menjawab sepertimana yang dikatakan di dunia dahulu, jika dia seorang yang beriman, dia akan berkata: "Dia (Muhammad) adalah hamba Allah dan RasulNya, Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu adalah hamba dan Rasul Allah". Maka dua malaikat itu berkata kepadanya: "Sesungguhnya kami tahu kamu akan berkata sedemikian". Kemudian diluaskan kuburnya seluas 70 hasta (panjang dan lebar) dan diberikan cahaya di dalam kuburnya, maka dikatakan kepadanya: "Tidurlah". Lalu tidurlah dia seumpama pengantin yang tidak seorang pun dapat menyedarkannya selain kekasihnya, sehinggalah dibangkitkan oleh Allah daripada tempat pembaringan (sehingga hari kebangkitan). [Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban]
Adalah menjadi suatu kewajipan untuk kita mengimani tentang kewujudan azab kubur sepertimana yang telah disampaikan oleh junjungan kita, Nabi Muhammad (صلى الله عليه وسلم).
Sesungguhnya orang kafir yang mukallaf yang mana telah meninggal dunia tanpa bertaubat (iaitu berada dalam agama Islam), maka dia menerima azab di dalam kuburnya. Dia akan dipamerkan dengan pancaran api neraka di dalam kuburnya pada setiap awal pagi dan akhir petang setiap hari. Malah, kuburnya akan disempitkan dengan sedahsyat-dahyatnya sehinggakan tulang rusuknya renyuk dan dipukul dengan tukul besi oleh dua malaikat (Munkar dan Nakir) (ضرب منكرٍ ونكير له بمطرقة بين أذنيه)ke tengkuknya (iaitu yang berada di antara dua telinga orang kafir itu), serta azab-azab lain.
Adapun sebahagian orang Islam yang menderhaka iaitu mati tanpa bertaubat, maka diazabkan dalam kuburnya dengan keazaban yang sedikit ringan daripada azab yang diterima oleh orang kafir. Di antara azab yang ditanggungnya ialah merasai gegaran dalam kuburnya sehingga berasa amat takut dalam kegelapan yang sangat dahsyat.
Maka seseorang yang mengingkari tentang keimanan terhadap azab kubur maka dia jatuh kufur.
Mereka didedahkan kepada bahang api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa mereka berada dalam alam Barzakh); dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): "Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab seksa api neraka yang seberat-beratnya!"
Sesungguhnya seorang hamba itu apabila diletakkan ke dalam kubur dan sahabat-sahabatnya berpaling untuk pulang, dia mendengar hentakan kasut mereka ketika mereka beredar, lalu datanglah dua malaikat mendudukkannya lalu berkata: "Apakah yang kamu katakan tentang lelaki yang bernama Muhammad?". Maka orang yang beriman akan menjawab: "Aku bersaksi bahawa dia adalah hamba Allah dan RasulNya", lalu dikatakan kepadanya: "Lihatlah tempat kamu di Neraka sesungguhnya Allah telah gantikan untukmu tempat di dalam Syurga", maka dia pun melihat keduanya. Adapun orang kafir atau munafik (iman), dia berkata: "Aku tidak tahu, dahulu aku hanya berkata apa yang dikatakan oleh manusia", lalu dikatakan kepadanya: "Kamu tidak tahu apa-apa", kemudian dia dipukul dengan tukul besi di bahagian antara dua telinganya, lalu dia menjerit dengan jeritan yang kuat, didengari oleh semua di sekitarnya kecuali jin dan manusia.
[Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim daripada Anas daripada Nabi (صلى الله عليه وسلم)]
Oleh itu, hendaklah kita mempercayai tentang kewujudan azab kubur dengan keimanan yang kukuh tanpa mempertikaikannya. Sesiapa menolak kepercayaan terhadap kewujudan azab kubur, maka sesungguhnya dia telah menolak dan bercanggahan dengan dalil al-Quran dan al-Hadith, malah menyebabkan dia terjerumus kepada kekufuran.
Kalimah (أشهدُ أنَّ محمدًا رسولُ الله) membawa erti ‘Aku bersaksi bahawa (Nabi) Muhammad adalah Rasul Allah’. Iaitu dengan makna Aku bersaksi (mengetahui, mempercayai/meyakini, mengiktiraf) bahawa Muhammad bin Abdullah bin ^Abdul Mutallib bin Hashim bin ^Abd al-Manaf daripada bangsa Quraisy (صلى الله عليه وسلم) adalah hamba Allah dan Rasul Allah kepada sekalian makhluq di kalangan manusia dan jin.
Maha Berkat Tuhan Yang Menurunkan Al-Furqaan Kepada HambaNya (Muhammad), Untuk Menjadi Peringatan Dan Amaran Bagi Seluruh Penduduk Alam.
[Surah al-Furqan: 1]
Nabi Muhammad (صلى الله عليه وسلم) dilahirkan di Makkah pada bulan Rabi^ al-Awwal dalam tahun Gajah, dan diturunkan wahyu kenabian kepada beliau pada umur 40 tahun. Kemudian beliau berhijrah ke Madinah selepas penurunan wahyu selama 13 tahun dan tinggal di Madinah selama 10 tahun sebelum kewafatannya. Selepas kewafatannya, beliau dikebumikan di Madinah al-Munawwarah di bilik Umm al-Mu’minin ^Aishah.
Kita juga hendaklah menyakini bahawa Nabi Muhammad adalah benar tentang segala yang disampaikannya dan apa yang disampaikannya adalah daripada Allah Ta^ala di mana kita perlu mengimani dan mengikutinya.
Dan Dia (Muhammad) Tidak Memperkatakan (Sesuatu Yang Berhubung Dengan Agama Islam) Menurut Kemahuan Dan Pendapatnya Sendiri { }
Segala Yang Diperkatakannya Itu (Sama ada Al-Quran atau Hadis) Tidak Lain Hanyalah Wahyu Yang Diwahyukan Kepadanya.
[Surah an-Najm: 3 – 4]
Di antara perkara-perkara yang disampaikanoleh RasuluLlah, Nabi Muhammad (صلى الله عليه وسلم) kepada kita yang perlu kita mempercayainya dan mengimani ialah:
Melihat Allah pada Hari Akhirat di Syurga (الرؤيةُ لله تعالى)
Beriman kepada Malaikat-Malaikat Allah (الإِيمانُ بملائكةِ الله)
Beriman kepada Rasul-rasul (الإِيمانُ برسل الله)
Beriman kepada Kitab-kitab Allah (الإِيمانُ بكُتُبِ الله)
Beriman kepada Qadar yang baik dan jahat (الإِيمان بالقدر خيره وشرّه)
'Nabi' (yang bukan Rasul) adalah insan yang diturunkan wahyu kepadanya dengan tanpa mengandungi syariat yang baru di mana perlu mengikut syariat daripadaRasul yang diutuskan sebelumnya, dan diperintahkan oleh Allah untuk menyampaikan (tabligh).
Manakala 'Nabi' (yang Rasul) adalah insan yang diturunkan wahyu kepadanya dengan mengandungi syariat yang baru, dan diperintahkan oleh Allah untuk menyampaikan (tabligh).
Oleh itu, setiap Rasul adalah Nabi dan setiap Nabi itu tidak kesemuanya adalah Rasul di mana mereka dibezakan dengan penurunan wahyu yang mengandungi syariat yang baru ataupun tidak. Walaubagaimanapun, setiap Nabi dan setiap Rasul adalah diperintahkan untuk menyampaikan risalah kepada sekalian manusia dan jin.
Pada Mulanya Manusia Itu Ialah Umat Yang Satu (Menurut Agama Allah Yang Satu, Tetapi Setelah Mereka Berselisihan), Maka Allah Mengutuskan Nabi-nabi Sebagai Pemberi Khabar Gembira (Kepada Orang-orang Yang Beriman Dengan Balasan Syurga, Dan Pemberi Amaran (Kepada Orang-orang Yang Ingkar Dengan Balasan Azab Neraka)
1) al-Wujud (الوجود): Ada Allah Ta'ala Wujud (Telah Ada) Tanpa Permulaan (Azali) dan Kekal (Abadi) Firman Allah Ta'ala: (أفي الله شك) Tiada Keraguan Akan Adanya Allah [Surah Ibrahim: 10], RasuluLlah (صلى الله عليه وسلم) Bersabda: (كان الله ولم يكن شىء غيره) Telah Ada Allah (Tanpa Permulaan) Dan Tiada Sesuatu Pun SelainNya [Diriwayatkan Oleh al-Bukhari]
2) al-Wahdaniyyah (الوحدانية): Maha Esa Tiada Sekutu Bagi Allah Ta'ala Firman Allah Ta'ala: (لو كان فيهما ءالهة إلا الله لفسدتا) Jika Ada Di Langit dan Bumi Tuhan (Lain) Yg Selain Allah, Nescaya Rosaklah Kedua-duanya [Surah al-Anbiya`: 22]
3) al-Qidam (القِدم): Sediakala Tiada Permulaan Kewujudan Allah Ta'ala Firman Allah Ta'ala: (هو الأول والآخر) Dialah (Allah) Yg Awwal (Tiada Berpermulaan KewujudanNya) dan Yg Akhir (Tiada Pengakhiran KewujudanNya) [Surah al-Hadid:3] 4) al-Baqa`(البقاء): Kekal Selamanya Tiada Pengakhiran Kewujudan Allah Ta'ala (Kekal), Tidak Mati & Tidak Binasa Selamanya Firman Allah Ta'ala: (ويبقى وجه ربك) Dan Kekal (Selamanya) Dzat Tuhanmu [Surah ar-Rahman: 27] 5) al-Qiyam bi an-Nafsi (القيام بالنفس): Tidak Memerlukan Segala Sesuatu Allah Ta'ala Tidak Memerlukan dan Tidak Berhajat Kepada Segala SelainNya Firman Allah Ta'ala: (فإن الله غني عن العالمين) Maka Sesungguhnya Allah Maha Kaya (Tidak Berhajat Kepada Segala Sesuatu) Daripada Sekalian Makhluq [Surah Ali 'Imran: 97]
6) al-Qudrah (القدرة): Maha Berkuasa Maha Berkuasa Ke Atas Segala (الممكنات) al-Mumkinat (Sesuatu Yg Harus Pada 'Aqal) Firman Allah Ta'ala: (وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ) Dan Allah Maha Berkuasa Ke Atas Segala Sesuatu [Surah Ali 'Imran: 29]
7) al-Iradah (الإِرادة): Maha Berkehendak Melakukan Apa Yg DiKehendaki Pada Perkara Yg Harus Pada 'Aqal Firman Allah Ta'ala: (وما تشاؤن إلا أن يشاء الله رب العالمين) Dan Tidaklah Kamu Dapat Menentukan Kemahuan Kamu Melainkan Dengan Kehendak Allah Tuhan Sekalian Alam [Surah al-Takwir: 29]
8)al-'Ilmu (العِلم): Maha Mengetahui Allah Ta'ala Maha Mengetahui Dengan IlmuNya Yg Azali, Abadi dan Tidak Berubah-ubah Firman Allah Ta'ala: (وأن الله قد أحاط بكل شىء علماً) Dan Bahawa Sesungguhnya Allah Tetap Meliputi 'IlmuNya Terhadap Segala Sesuatu [Surah at-Talaq: 12]
9) as-Sama' (السمع): Maha Mendengar Maha Mendengar Dgn PendengaranNya Yg Azali Yg Tidak Menyerupai Pendengaran MakhluqNya Firman Allah Ta'ala: (وهو السميع البصير) Dan Dia (Allah) Maha Mendengar Lagi Maha Melihat [Surah al-Syura: 11]
10) al-Basar (البصر): Maha Melihat Maha Melihat Dengan PenglihatanNya Yg Tidak Menyerupai Penglihatan MakhluqNya Firman Allah Ta'ala: (وهو السميع البصير) Dan Dia (Allah) Maha Mendengar Lagi Maha Melihat [Surah al-Syura: 11]
11) al-Hayah (الحياة): Maha Hidup Allah Ta'ala Maha Hidup Iaitu HidupNya Azali, Abadi Tidak Memerlukan Ruh, Tidak Memerlukan Daging, Tidak Memerlukan Darah Firman Allah Ta'ala: (الله لا إله إلا هو الحي القيوم) Allah Tiada Tuhan (Yg Sebenar Dan Layak Disembah) Melainkan Dia Yg Maha Hidup Lagi Maha Kekal [Surah al-Baqarah: 255]
12) al-Kalam (الكلام): Maha Berkata-Kata Allah Ta'ala Maha Berkata-kata Dgn KalamNya Yg Azali, Abadi, Tanpa Huruf, Tanpa Memerlukan Suara, Dan Tanpa Memerlukan Bahasa Firman Allah Ta'ala: (وكلم الله موسى تكليماً) Dan Berkata Allah Kepada Musa Secara Langsung (Dengan Tanpa Perantaraan) [Surah an-Nisa`: 164]
13) al-Mukhalafatu li al-Hawadith (المخالفة للحوادث): Tidak Menyerupai Segala Yg Baharu Allah Ta'ala Tidak Menyerupai Segala Sesuatu Daripada MakhluqNya. Segala Makhluq Adalah Bersifat Baharu Firman Allah Ta'ala: (ليس كمثله شىء) Tidak Menyerupai Dia (Allah) Dengan Segala Sesuatu [Surah al-Syura:11]
Sesungguhnya sifat-sifat tersebut telah dinyatakan di dalam al-Qur`an sama ada dengan lafaznya atau secara makna. Dan ini adalah merupakan 'aqidah Ahlu Sunnah wa al-Jama'ah yang perlu dipegang menurut Manhaj al-Imam Abu Hassan al-Ash'ari (al-Asha'irah). Adapun menurut Manhaj al-Imam Abu Mansur al-Maturidi (al-Maturidiyyah) pembahagian tersebut dipecahkan lagi sehingga menjadi dua puluh (20), di mana kedua-dua manhaj tersebut membawa makna i'tiqad yang sama.
Oleh itu, adalah menjadi fardhu 'ain (wajib) kepada kita untuk mengetahui sifat-sifat Allah Ta'ala tersebut dan kita perlu berpegang selamanya.
Ketahuilah bahawa Allah Ta'ala bersifat dengan al-Kalam (الكلام) ya'ni Maha Berkata-kata. Sesungguhnya Kalam Allah Ta'ala adalah sifat dzatNya iaitu (Kalam Allahadalah) Qadim, Azali, Tiada Permulaan padaNya. (أَنَّ كلامَ الله الذي هو صفة ذاته قديم أزليٌّ لا ابتداءَ له)
Firman Allah Ta'ala:
وَكَلَّمَ اللَّهُ مُوسَىٰ تَكْلِيمًا
Dan Berkata Allah Kepada Musa Secara Langsung (Dengan Tanpa Perantaraan)
[Surah an-Nisa: 164]
Dan Allah Ta'ala Maha Berkata-kata dengan KalamNya yang tidak menyerupai kalam kita (tidak menyerupai manusia yang berkata-kata). Kalam Allah Ta'ala tidak mempunyai permulaan dan tiada berpenghujung. Kalam Allah Ta'ala juga tidak terputus-putus kerana KalamNya tidak memerlukan kepada huruf dan tidak memerlukan suara. Sesungguhnya Kalam Allah Ta'ala tidak menyerupai kalam sekalian makhluqNya.
Telah Berkata al-Imam Abu Hanifah:
ويتكلم لا ككلامنا نحن نتكلم بالألات من المخارج والحروف والله متكلم بلا ءالة ولا حرف
Dan Dia (Allah) Berkata-kata Tidak Seperti Kata-kata Kita (Manusia), Kita Berkata Dengan (Memerlukan) Alat Daripada Tempat Keluar Suara dan Huruf, Dan Allah (Maha) Berkata-kata Tanpa (Memerlukan) Alat dan Tanpa Huruf
[al-Fiqh al-Absat]
Adapun al-Quran, Taurat, Injil, Zabur dan sekalian kitab-kitab Allah Ta'ala itu adalah yang dimaksudkan untuk menunjukkan kepada Kalam dzatNya iaitu Kalam Allah Ta'ala yang Azali tidak berhuruf dan tidak memerlukan suara. (القرءان والتوراة والإِنجيل والزَّبور وسَائر كتب الله إن قُصد بها الكلام الذاتي فهي أزليّة ليس بحرف ولا صوت ).
Dan ia diturunkan sebahagiannya dalam bahasa arab, sebahagiannya dalam bahasa 'ibraniyyah, sebahagiannya dalam bahasa suryaniyyah agar dapat difahami oleh makhluqnya seperti manusia dan jin, di mana kesemuanya adalah baharu yang juga merupakan makhluq Allah Ta'ala. Kalam Allah Ta'ala bukanlah musnaf yang dicatatkan oleh malaikat dan Kalam Allah Ta'ala bukanlah musnaf yang ditulis oleh manusia yang boleh kita baca. Sesungguhnya musnaf yg dibaca dan musnaf yg dicatatkan tersebut adalah 'ibarah kepada Kalam Allah yang Azali dan Abadi (هو عبارة عنه يقال له كلام الله).
Sebagai contoh mudah, lafaz dan tulisan perkataan Allah (الله) itu adalah 'ibarah yang menunjukkan kepada dzat (haqiqat) Allah Ta'ala yang Azali, Qadim, Abadi. Maka, lafaz dan tulisan (الله) itu adalah bukan dikatakan dengan makna Allah. Dan hendaklah kita memahami perkara ini dengan sejelas-jelasnya dan merujuk dengan bertalaqqi sebaiknya bagi menyingkap segala kesamaran, mudah-mudahan beroleh kefahaman, insya Allah.
Dan perlu ditegaskan bahawa, hendaklah kita berpegang bahawa Allah Ta'ala tidak menyerupai segala sesuatu daripada sekalian makhluq yang diciptakan olehNya sama ada pada DzatNya (HaqiqatNya), SifatNya dan PerbuatanNya.
Firman Allah Ta'ala:
ليسَ كمثلِهِ شىءٌ
Tidak Menyerupai Dia (Allah) Dengan Segala Sesuatu
Sesungguhnya segala yg baharu yg wujud seperti segala benda dan segala amalan perbuatan adalah diciptakan oleh Allah Ta'ala. Dan Allah Ta'ala Maha Mencipta daripada sekecil-kecil makhluq seperti zarah mahupun sebesar-besar makhluq seperti 'arasy. Dan daripada segala perbuatan hamba seperti diam, niat di hati, lintasan di hati adalah juga diciptakan/dijadikan oleh yang Maha Mencipta (الخالقُ) iaitu Allah Ta'ala.
Hendaklah kita ketahui juga bahawa segala yg baharu yg wujud itu berlaku bukan secara tabiat dan bukanlah juga berlaku dengan 'illah, bahkan segala yang perkara yg baharu yg wujud itu adalah dengan Kehendak Allah Ta'ala berserta KekuasaanNya dan IlmuNya yang Azali. (لا طبيعةٌ ولا علّةٌ بل دخولُهُ في الوجودِ بمشيئةِ الله وقدرتِهِ، بتقديرهِ وعلمهِ الأزليّ)
Firman Allah Ta'ala:
وَخَلَقَ كُلَّ شَيْءٍ
Dan Dialah (Allah) Yang Menciptakan Segala Sesuatu
[Surah al-Furqan: 2]
Telah Berkata Imam an-Nasafi:
فإذا ضربَ إنسانٌ زجاجًا بحجرٍ فكسرهُ، فالضربُ والكسرُ والانكسارُ بخلقِ الله تعالى
Maka Apabila Manusia Itu Memukul Kaca Dengan Batu Dan Memecahkannya, Maka Pukulan, Perbuatan Memecahkan Kaca Dan Pecahan Kaca Itu Adalah Diciptakan/Dijadikan Oleh Allah Ta'ala
Dan tiadalah apa yang ada pada hamba melainkanusaha (فليسَ للعبدِ إلا الكسبُ), di mana segala apa yang berlaku adalah ciptaan Allah Ta'ala.
Firman Allah Ta'ala:
لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ
Ke Atasnya Pahala Kebaikan Apa Yg Diusahakannya Dan Ke Atasnya Dosa Kejahatan Apa Yg Diusahakannya
Ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah Ta'ala adalah al-Qadim (Tiada Permulaan KewujudanNya) ya'ni Azali, manakala apa selainNya adalah baharu (فهو القديمُ وما سواهُ حادثٌ). Dan Allah Ta'ala adalah Pencipta segala sesuatu, manakala selainNya adalah makhluq (وهوَ الخالقُ وما سواهُ مخلوقٌ). Dan termasuk daripada mahkluq itu adalah 'alam, manusia, syurga, neraka, 'arasy, kursi, malaikat, jin, langit, tempat, masa dan segala-galanya selainNya di mana kesemuanya diciptakan oleh Allah Ta'ala daripada tiada kepada ada dengan bersifat baharu (makhluq itu adalah baharu).
Sesungguhnya 'alam adalah baharu daripada sudut (الجنس) dan (الأفراد). Tetapi, terdapat apa yang dipegang oleh golongan falsafah adalah bertentangan 'aqidah iaitu dengan mengatakan bahawa 'alam yang di atas adalah azali dari sudut afradnya (العالَم العلويّ أزليّ بمادته وأفراده). Sebagai contoh mudah utk kita fahami makna al-jins dan al-afrad adalah seperti berikut, (الجنس) dgn makna "keduniaan, kemanusian", manakala (الأفراد) ialah "dunia, manusia" iaitu jisim itu sendiri. Mustahil dari segi 'aqal bahawa kemanusiaan itu wujud tanpa kewujudan manusia, manakala mustahil juga dari segi 'aqal bahawa keduniaan itu wujud tanpa dunia (yang berjisim) itu sendiri. Apa yg dikatakan oleh golongan falsafah tidak bersumberkan dalil nas malah sangat tidak boleh diterima dari sudut 'aqal dengan tidak boleh difahami dengan 'aqal manusia yang waras sekalipun. Dan daripada golongan yang terpengaruh dengan pegangan falsafah ini ialah pengikut Ibn Sina dan al-Farabi (Wal'iyadzubiLlah).
Dan terdapat juga sebahagian daripada mereka yang mengatakan bahawa (العالَم قديم الجنسِ والنوعِ حادث الأَفراد) di mana ia adalah apa yang diikuti oleh Abu al-Abbas Ahmad bin Taimiyyah seperti yang telah dinyatakan dalam kitab-kitabnya. [Rujuk kitabnya (منهاج السُّنّة النبويّة) Minhaj as-Sunnah an-Nabawiyyah, Jld 1, hlm 224, hlm 83, hlm 109, Dar al-Kutub al-'Ilmiah, Beirut], [Rujuk kitabnya (وموافقة صريح المعقول لصحيح المنقول) Muwafaqah Sarih al-Ma'qul li Sarih al-Manqul, Jld 2, hlm 75, & Jld 1, hlm 245, Dar al-Kutub al-'Ilmiah, Beirut], [Rujuk kitab (كتاب نقد مراتب الإجماع) Naqd Maratib al-Ijma', hlm 168, Dar al-Kutub al-'Ilmiah, Beirut], dan [Rujuk kitab al-Fatawa, Jld 6, hlm 300, Tab'ah al-Ula, Riyadh] .
Oleh itu, sesiapa yang mengatakan 'alam ini azali (العالَم العلويّ أزليّ بمادته وأفراده), (atau) mengatakan 'alam ini azali dari sudut nau' dan baharu dari sudut afradnya (العالَم قديم الجنسِ والنوعِ حادث الأَفراد), maka dia jatuh kufur sepertimana telah berkata al-Imam Badru ad-Din al-Zarkashi bahawa (وضلَّلهم المسلمون وكفّروهم) iaitu dengan makna sesungguhnya dua golongan tersebut adalah kufur dengan ijma' (معناه أَنَّ الفريقين كفّارٌ بالإجماع) [Rujuk kitabnya Tashnif al-Masami', Jld 4, hlm 633, Muassaah Qurtubah, al-Qahirah].
Hendaklah kita mengetahui dan berpegang bahawaAllah Ta'ala suci daripada segala sifat kekurangan (المنزَّهُ عن كل نقصٍ في حقِّه)ya'ni daripada segala sifat yang tidak layak bagiNya. Iaitu Maha Suci Allah Ta'ala (Allah Ta'ala tidak layak untuk bersifat) daripada sifat jahil, lemah, bertempat, berwarna, mempunyai had, memerlukan ruang, duduk, berbentuk, berarah dan segala daripada sifat-sifat kekurangan di mana segala sifat kekurangan tersebut adalah tidak layak bagiNya.
Telah berkata al-Imam Abu Ja'far at-Tahawi (Ahmad bin Muhammad bin Salamah: wafat 321H) yang merupakan 'ulama salaf dan telah hidup pada kurun salaf:
لا تحويه الجهات الستّ كسائر المبتدعات
Tidak Dikandung Dia (Allah Ta'ala) Oleh Enam Arah (Atas, Bawah, Depan, Belakang, Kiri, Kanan) Seperti Sekalian Makhluq
[Aqidah at-Tahawiyyah, hlm 15, Dar al-Yaqin, ed.1 1995]
Dan ini adalah 'Aqidah Salafussoleh sebenar yang menjelaskan 'Aqidah Ahlu Sunnah wa al-Jama'ah yang perlu kita berpegang dengannya. Begitu juga 'Aqidah al-Imam Abu Hanifah (wafat 150H), Abu Yusuf al-Qadhi (wafat 182H), Muhammad bin al-Hassan as-Syaibani (wafat 189H) kesemua mereka adalah 'ulama yang hidup pada tahun sebelum 300 Hijrah.
Sesungguhnya Allah Ta'ala tidak layak disifatkan dengan segala sifat kekurangan yg tidak layak bagiNya, seperti bersifat duduk kerana sifat dudukadalah merupakan sifat kekurangan, disebabkan sifat duduk memerlukan kepada sesuatu yg di duduk, seperti kerusi (duduk di atas kerusi). Dan sifat duduk memerlukan (الجهة) arah (di atas kerusi). Sifatduduk itu adalah sifat yg hanya layak disandarkan kepada makhluq seperti manusia(manusia duduk di atas kerusi). Oleh itu,Allah Ta'ala tidak layak disifatkan dengan sifat duduk(Wal'iyadzubiLlah).
Berkata al-Imam Abu Ja'far at-Tahawi:
ومن وصف الله بمعنى من معاني البشر فقد كفر
Dan Sesiapa Yg Mensifatkan Allah Dengan Makna Daripada Makna (Sifat) Manusia, Maka Dia Telah Kufur
[Aqidah at-Tahawiyyah]
Malah hendaklah kita berpegang bahawa Allah Ta'ala tidak menyerupai segala sesuatu yang boleh kita bayangkan di pemikiran kita. Apa sahaja yg kita mampu bayangkan di fikiran kita, maka sesungguhnya ia adalah segala perkara baharu (makhluq) yang mempunyai jisim dan ruang di mana ia bersifat dengan sifat kekurangan kerana memerlukan tempat.
Firman Allah Ta'ala:
ليسَ كمثلِهِ شىءٌ وهوَ السَّميعُ البصيرُ
Tidak Menyerupai Dia (Allah) Dengan Segala Sesuatu, Dan Dia Maha Mendengar Lagi Maha Melihat
[Surah as-Syura: 11]
Ayat al-Quran di atas adalah ayat yg sorih (jelas) yang mensucikan Allah Ta'ala daripada segala sesuatu. Manakala, huruf al-kaf pada (كمثله) dalam ayat tersebut untuk menekankan/menta`kid penafian pada ayat tersebut yg menafikan apa yg tidak layak bagiNya iaitu Dia (Allah Ta'ala) tidak menyerupai segala sesuatu.
Dan Allah Ta'ala tidak seperti segala sesuatu yg boleh kita bayangkan. Tetapi kita perlu yakin bahawa Allah Ta'ala itu wujud dan janganlah sehingga kita menafikan kewujudan Allah Ta'ala pula (Wal'iyadzubiLlah).
Berkata al-Imam Ahmad bin Hanbal & Imam Dzu an-Nun al-Misri:
مهما تصورت ببالك فالله بخلاف ذلك
Apa Sahaja Yang Digambarkan (Dibayangkan) Di Fikiran Kamu, Maka Allah Bersalahan (Seperti Apa Yang Digambarkan) Itu [Diriwayatkan Daripada Imam Dzu an-Nun al-Misri Oleh al-Hafidz al-Khatib al-Baghdadi Dalam Kitab Tarikh Baghdad, Dar al-Kutub al-'Ilmiah, Beirut & Diriwayatkan Juga Daripada Imam Ahmad bin Hanbal Oleh Abu al Fadhl Abd al-Wahid bin Abd al-Ghani at-Tamimi]
Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala: Tidak Menyerupai Dia (Allah) Dengan Segala Sesuatu [Surah al-Syura:11]
PERTAHANKAN AQIDAH
Telah Berkata Sayyidina Al Imam 'Ali Bin Abi Talib Karamallah Wajhah: Telah Ada Allah Tanpa Bertempat [Diriwayatkan oleh Imam Abu Mansur Al Baghdadi dalam kitab Al Farqu Baina Al Firaq: hlm 256, Dar Al-Kutub Al-Ilmiyah; Beirut, Lubnan]
MUTIARA KATA
Telah Berkata As-Syeikh Imam As-Sufi 'Arif biLlah Sayyid Ahmad Ar-Rifa'eyy: Kemuncak Ma'rifah Tentang Allah Ialah Yakin KewujudanNya (Allah) Ta'ala Dengan Tanpa Bagaimana dan Tanpa Bertempat [Kitab Hikam Ahmad Ar-Rifaeyy Al-Kabir: hlm 35-36, Maktabah Al-Halawani; Damsyiq]
Allah Is Clear Of Having Boundaries, Extremes, Sides, Organs, And Small Parts. The Six Directions Do Not Contain Him, As They Do Contain All Created Things. The One Who Attributes To Allah A Characteristic Of Mankind Is A Blasphemer
Marilah Bersama Kita Mengembalikan Kegemilangan Islam Melalui Perpaduan Ummah Yg Berteraskan Kesatuan 'Aqidah Yg Benar Ya'ni Kefahaman Aqidah Ahl as-Sunnah wa al-Jama'ah. Dan Hendaklah Kita Mengambil Berat Agar Senantiasa Mempelajari Dan Mengulangkaji Ilmu Yg Paling Mulia Ini Agar Dipegang Bersama Sehingga Ke Akhir Hayat Selamanya
SULLAM AT-TAUFIQ
Matan Asal Kitab Ini Adalah Drpd 'Ulama Hadhramaut Habib 'Abdullah bin Hussein bin Tohir Yang Merangkumi Segala Ilmu Fardhu 'Ain Yg Wajib Diketahui Oleh Setiap Mukallaf. Sesungguhnya Tiada Sebarang Kemungkinan Untuk Mencapai Ketaqwaan Tanpa 'Aqidah Yg Benar Yg Wajib Diketahui Dan Dipegang Melalui Pengajian Ilmu Fardhu 'Ain. Malah Tanpa Menuntut Ilmu Fardhu 'Ain Juga Tidak Akan Tercapai Taraf Kesufian Dan Taraf Kewalian Selamanya
ISLAMIC SAYING
Telah Berkata Al-Imam 'Ali Radhiy Allah 'Anhu: Sesiapa Yg Menganggap Bahawa Tuhannya Mempunyai Had (Berbentuk Sama Ada Kecil Atau Besar), Maka Sesungguhnya Dia Jahil Terhadap Yg Maha Mencipta (ya'ni Allah Ta'ala) Yg (Berhak) Disembah [Hilyah al-Auliya wa Tabaqat al-Asfiya: Jld 1, hlm 73, Dar al-Kutub al-'Ilmiah, Beirut]
DIFATWAKAN MENYELEWENG
Difatwakan Bukan Daripada Ajaran Islam Bahkan Menyeleweng Daripada 'Aqidah Islam Oleh Mufti Bagi Wilayah-wilayah Persekutuan, Di Bawah Undang-undang Malaysia, Akta 559: Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997
1) Nasrul Haq 2) Budi Suci 3) Al-Watan 4) Budi suci sejati 5) Jawa Faradin 6) Silat Sunda Pukulan Ghaib 7) Tusuk Hikmat 8) Ilmu Kebatinan 9) Potong Maya 10) Naluri 11) Kaula 12) Haqqullah 13) Syahadah Rampai 14) Wali Suci 15) Kalimat Sakti 16) Silat Pukulan Jarak Jauh 17) Ilmu Tenaga Dalam Hikmat 18) Zikir Sha'ban 19) Islam Haq 20) Asal Wujud 21) Garis Laksamana 22) Al Ma'zat 23) Transcendentel Meditation 24) Ajaran Sy Muhammad al Masyhor 25) Ajaran Bahai 26) Tarikat Mafarridah 27) Ajaran Nordin Putih 28) T. Naqshabandiah Kadirun Yahya 29) Ajaran Roslan Katimun 30) Ilmu Tauhid Nasrun S.T. Qahar 31) Ajaran Abdul Manan bin Harun 32) Aurad Muhammadiah D. Arqam 33) Ajaran Khatijah bt Ali 34) Ajaran Syed Mutalib Syed Mohd Nordin 35) Risalah Seman al-Banjari 36) Golongan Anti Hadith 37) Syiah (JK Fatwa Kebangsaan 3-Mei-96) 38) T. Naqsyabandiah al-'Aliyyah (Nazim) 39) Ajaran Qadiani (Mirza Ghulam Ahmad) 40) Ajaran Abdul Rahim bin Abdul Razak 41) Ajaran Azhar bin Wahab 42) Ajaran Ahmad al-Walidi (Pak Su) 43) Black Metal 44) Tarikat Zikrullah Hassan Anak Rimau 45) Ajaran Ayah Pin 46) Ajaran Hj Kahar bin Ahmad
DIFATWAKAN SESAT
Difatwa & Diwartakan Menyeleweng & Sesat Oleh Mufti Negeri Selangor Selepas Berbincang Dengan Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' Di Bawah Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989
1) Tarikat Naqshabandiah Kadirun Yahya 2) Ajaran Nordin bin Puteh 3) Tarikat Mufaridiyyah 4) Ajaran Hj Ghazali bin Othman 5) Ajaran Ilmu Hakikat: Jahar bin Dumin 6) Ajaran Ilmu Tajalli: Ahmad Laksamana 7) Ajaran Hassan Anak Rimau 8) Ajaran Martabat-7 Hamzah Embi 9) Golongan Anti Hadith 10) Ajaran Kahar bin Ahmad 11) Aurad Ismailiah 12) Al-Arqam 13) Ajaran Syed Muhammad al Masyor 14) Ajaran Sulaiman Bahtera Nabi Noh 15) Ajaran Ilmu Hakikat: Hassan Jonit 16) Ajaran Qadiani / Ahmadiah 17) Ajaran Islam Lamaah 18) Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol 19) Ajarah Tijah@Khatijah Bt Ali 20) Fahaman Syiah 21) Ajaran Hj Banuar bin Roslan 22) Ajaran Zamree: Ketupat Linux 23) Tarikat al-Hasaniah
DIWARTAKAN SESAT-JAKIM
Ajaran-Ajaran Yang Diwartakan Sesat Oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Melalui Jawatankuasa Menangani Isu-isu Semasa Aqidah & Panel Kajian Aqidah JAKIM,Jawatankuasa Pemandu Menangani Ajaran Sesat Peringkat Kebangsaan (JAPAS), Jawatankuasa Penyelarasan Penyelidikan Islam (JAPPIS)
1) Nasrul Haq 2) Budi Suci 3) Al-Watan 4) Budi Suci sejati 5) Jawa Faradin 6) Silat Sunda Pukulan Ghaib 7) Tusuk Hikmat 8) Ilmu Kebatinan 9) Potong Maya 10) Naluri 11) Kaula 12) Haqqullah 13) Syahadah Rampai 14) Wali Suci 15) Kalimat Sakti 16) Silat Pukulan Jarak Jauh 17) Ilmu Tenaga Dalam Hikmat 18) Zikir Sha'ban 19) Islam Haq 20) Asal Wujud 21) Garis Laksamana 22) Al Ma'zat 23) Transcendentel Meditation 24) Ilmu Kebatinan (Batiniyyah) 25) Abdul Manan bin Harun -Tolak Hadith 26) Ajaran Nasrun S. T. Qahar 27) Kumpulan Ikhwan /al-Mas 28) Kuasa Ghaib (Tahan Diri) 29) Ajaran Mohd Nordin Putih 30) Roslan Katimun -Wali Sembilan 31) T. Naqshabandiyyah Kadirun Yahya 32) Ajaran Khatijah bt Ali 33) Ajaran Syed Mutalib Syed Mohd Nordin 34) Risalah Seman al-Banjari 35) Al-Arqam 36) Golongan Anti Hadith 37) Ajaran Ahmad al-Walidi (Pak Su) 38) Syiah 39) Ajaran Hj Ghazali Othman Ulu Klang 40) Ajaran Hj Kahar bin Ahmad 41) Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana 42) Ilmu Hakikat Jahar Dumin H. Langat 43) Tarikat Mufarridiyyah 44) Ajaran Hassan Anak Rimau 45) Tarikat Aurad Ismailiah 46) Ajaran Martabat Tujuh 47) Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol 48) Ajaran Sulaiman Bahtera Nabi Noh 49) Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit 50) Qadiani /Ahmadiah 51) Ajaran Mohd Nor Seman 52) Ajaran Ayah Pin 53) Ajaran Bahai 54) Al-Ma'unah 55) Ajaran Azhar Wahab 56) Ajaran Hj Banuar