Thursday, April 2, 2009

KESEMPURNAAN SIFAT ALLAH YG LAYAK BAGINYA

Sesungguhnya Allah Ta'ala bersifat dengan segala sifat kesempurnaan yang layak bagiNya (الموصوفُ بكل كمالٍ يليق به). Dan hendaklah kita fahami bahawa terdapat banyak sifat-sifat kesempurnaan, namun Allah Ta'ala bersifat dengan segala sifat kesempurnaan yang terpuji yang hanya layak bagiNya sahaja.

Sifat-sifat kesempurnaan itu terbahagi kepada tiga (3):

  • Sifat yang terpuji bagi Allah Ta'ala dan terpuji bagi selainNya (makhluq) seperti Berilmu (العلم) . Sifat berilmu ini terpuji bagi Allah Ta'ala dengan ilmuNya yg Azali, Abadi dan tidak berubah-ubah. Dan sifat berilmu ini juga terpuji bagi manusia tetapi ilmu manusia sentiasa berubah dengan bertambah dan berkurang.
  • Sifat yang tercela bagi Allah Ta'ala tetapi terpuji bagi makhluq seperti kecerdasan aqal (رجاحة العقل). Sifat kecerdasan aqal ini adalah tidak layak bagi Allah Ta'ala malah tercela, tetapi sifat beraqal adalah terpuji bagi manusia. Ini kerana tiada sebarang nas yg menyatakan sifat ini adalah sifat yang layak bagi Allah Ta'ala.
  • Sifat yang terpuji bagi Allah Ta'ala tetapi tercela bagi makhluq seperti al-Jabbar (الجبّار). Sifat al-Jabbar amat terpuji bagi Allah Ta'ala, tetapi tercela bagi manusia kerana al-Jabbar apabila disandarkan kepada manusia ia adalah suatu sifat yang zalim. Sifat al-Jabbar ini adalah sifat yang layak bagi Allah Ta'ala yg memberi makna tiada sesuatu pun yang boleh berlaku melainkan Allah Ta'ala yang menghendakinya berlaku atau Maha Perkasa.
Oleh itu, kita perlu berpegang bahawa Allah Ta'ala bersifat dengan segala sifat-sifat kesempurnaan yang terpuji yang layak bagiNya sahaja. Kita tidak boleh mengatakan bahawa Allah Ta'ala bersifat dengan sifat beraqal walaupun sifat itu terpuji bagi manusia. Maha Suci Allah Ta'ala daripada segala sifat yang tercela seperti sifat beraqal (Wal'iyadzubiLlah).

Powered By Blogger